awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuasa besar dunia perlu pikul tanggungjawab hentikan perang di Palestin - Agong

Astro Awani
Astro Awani
09/10/2023
07:33 MYT
Kuasa besar dunia perlu pikul tanggungjawab hentikan perang di Palestin - Agong
Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Malaysia menyokong dan berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia wajar memikul tanggungjawab untuk berusaha menghentikan pertempuran yang berlaku di bumi Palestin serta-merta.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin, Al-Sultan Abdullah bertitah, usaha itu perlu segera dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah lebih teruk.
Ujar beliau, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada ketetapan Kerajaan Malaysia yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan segera untuk menggesa semua pihak menghentikan keganasan, sekali gus menghormati dan melindungi nyawa orang awam.
"Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru negara-negara Islam terutamanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani kesengsaraan dan masalah yang dihadapi oleh Palestin.
"Ini adalah kerana penafian hak asasi rakyat Palestin, terutamanya pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat dan penindasan yang berterusan adalah punca utama ketegangan Israel-Palestin berterusan.
"Selain itu, ianya juga telah diakui bahawa rakyat Palestin berterusan diselubungi pendudukan haram, sekatan dan penderitaan serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
LAPOR LANGSUNG PERANG ISRAEL - PALESTIN
Zahari juga memaklumkan, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Malaysia menyokong dan berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel.
Seri Paduka Baginda juga menzahirkan padangan bahawa tanah yang dirampas oleh Israel perlu dikembalikan dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan mendapatkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
"Seri Paduka Baginda bertitah, Malaysia dan rakyatnya sentiasa bersolidariti bersama Palestin dan menyeru seluruh rakyat supaya terus memperjuangkan prinsip keadilan, sikap hormat menghormati, di samping menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman sesama manusia," katanya lagi.
Seri Paduka Baginda juga turut menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah S.W.T untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Perang Israel - Palestin
#Baitulmaqdis Timur
#oic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan