awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia

Agensi
Agensi
06/04/2023
15:30 MYT
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Beberapa pengguna sosial media menulis kucing itu dilihat seolah berterima kasih kepada imam kerana mengalunkan bacaan al- Quran.- Gambar Reuters
ALGIERS: Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat tarawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika Imam Walid Mehsas mengimamkan solat tarawih di Bordj Bou Arreridj, Algeria.
Dalam rakaman, kelihatan Imam Walid tenang meneruskan bacaan doa meskipun kucing berkenaan memanjat dan cuba duduk di bahunya.
Video yang mula viral di seluruh dunia menerima pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata memuji Imam Walid Mehsas yang tetap menyantuni kucing itu walaupun sedang mengimamkan solat tarawih.
Beberapa pengguna sosial media menulis kucing itu dilihat seolah berterima kasih kepada imam kerana mengalunkan bacaan ayat al-Quran yang indah.
"Seolah-olah kucing itu ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana membaca al-Quran dengan suara yang menyenangkan telinganya, semoga tuhan memberkati anda, sheikh kami," kata seorang netizen.
"Saya suka bagaimana kucing melompat ke bawah tepat ketika imam hendak ruku'. Kucing seperti 'Oh, masa untuk pergi'," tulis seorang lagi netizen.
Topic Berkaitan
#Cuba
#Algeria
#kucing
#Imam Walid Mehsas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan