awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan antivaksin berang dengan 'green pass'

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2021
20:58 MYT
Kumpulan antivaksin berang dengan 'green pass'
Penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis di Istana Chigi, Rom. - Foto REUTERS/Remo Casilli
ROM: Bandar Rom pada Ahad menyaksikan kumpulan antivaksin turun ke jalanan lakukan protes kerana tidak puas hati dengan pelaksanaan 'green pass' atau pas hijau oleh kerajaan Itali.
Ini selepas kerajaan negara itu mewajibkan mereka yang mahu menikmati kelonggaran merangkumi akses ke tempat kerja awam dan swasta, perlu memiliki pas hijau.
Bagi membolehkan mereka memiliki pas ini, rakyat negara itu perlu melengkapkan suntikan vaksinasi mereka, selain disahkan negatif COVID-19.
Arahan baharu itu berkuatkuasa lima hari sahaja lagi iaitu 15 Oktober ini.
Mereka yang gagal memiliki pas hijau ini, sama ada pekerja mahupun majikan boleh dikenakan tindakan saman.
Bagi pekerja sektor awam, sekiranya mereka gagal menuruti perintah itu, mereka boleh digantung kerja.
Itali melaksanakan penggunaan pas hijau bagi memastikan rakyat yang telah divaksinasi boleh berada di tempat awam seperti muzium, teater, gimnasium serta menggunakan pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#green pas
#protes
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan