awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan Houthi lancar peluru berpandu sasar kapal dagang Denmark di Laut Merah - CENTCOM

Bernama
Bernama
18/02/2024
07:32 MYT
Kumpulan Houthi lancar peluru berpandu sasar kapal dagang Denmark di Laut Merah - CENTCOM
Houthi, yang menguasai sebahagian besar pantai Laut Merah di Yaman, sebelum ini mengancam untuk menyerang mana-mana kapal yang dikaitkan dengan Israel. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman melancarkan empat peluru berpandu anti-kapal dengan sekurang-kurangnya tiga daripada peluru itu menyasarkan kapal dagang Denmark MT Pollux di Laut Merah, menurut Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) pada Sabtu, lapor Sputnik.
Dalam satu kenyataan, CENTCOM berkata serangan itu tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan pada kapal dan kru kapal MT Pollux atau kapal lain di perairan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, tentera AS pada masa yang sama melancarkan serangan untuk mempertahankan diri daripada satu peluru berpandu jelajah anti-kapal dan satu kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV) di perairan Yaman.
CENTCOM mendapati peluru berpandu dan USV itu memberikan ancaman kepada kapal-kapal Tentera Laut AS dan kapal dagang di rantau itu.
Houthi, yang menguasai sebahagian besar pantai Laut Merah di Yaman, sebelum ini mengancam untuk menyerang mana-mana kapal yang dikaitkan dengan Israel.
Kumpulan itu sebelum ini mendakwa tindakan mereka di Laut Merah bertujuan membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dengan menyatakan bahawa mereka tidak mengganggu kebebasan pelayaran di rantau berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kumpulan Houthi
#lancar peluru berpandu
#Laut Merah
#kapal dagang Denmark
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan