ISTANBUL: Kuwait Petroleum Corporation pada Sabtu memaklumkan, satu daripada kemudahan minyak penting miliknya terkena serangan berulang oleh Iran, mengakibatkan "kerosakan material yang ketara serta beberapa kecederaan", lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Mangsa yang cedera telah diberikan rawatan perubatan dan kawasan berkenaan telah dikosongkan, manakala respons terhadap serangan itu sedang dijalankan dengan penyelarasan bersama pihak berkuasa berkaitan," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Kuwait, KUNA.
Terdahulu pada hari yang sama, Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Diperbaharui Kuwait turut memaklumkan, kebakaran berlaku pada satu komponen loji janakuasa dan penyahgaraman air susulan serangan Iran pada awal pagi Sabtu.
-- BERNAMA-ANADOLU