awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu 'samba' redakan tekanan COVID-19 di Brazil

Agensi
Agensi
20/06/2020
06:51 MYT
Lagu 'samba' redakan tekanan COVID-19 di Brazil
Konsert itu adalah antara siri konsert tidak rasmi diadakan pelbagai pemuzik sepanjang wabak COVID-19 menyerang negara itu. - Gambar AP NEWSROOM
Beberapa pemuzik yang tinggal di sebuah kota kecil di Rio de Janeiro, Brazil, berusaha mengurangkan tekanan akibat COVID-19 di kota itu dengan mengadakan konsert percuma untuk penduduk setempat.
Ahli kumpulan “Tempero de Criola” memainkan pelbagai lagu berentak rancak termasuk lagu tradisional Brazil, berentak samba, di atas bumbung sebuah bangunan di Turano Favela pada Jumaat petang.
Penduduk yang berada di sekitar kawasan itu melihat persembahan itu daripada tingkap rumah dan balkoni malah ada yang menontonnya dalam skrin televisyen dari dalam talian.
Tiago de Almeida, ahli muzik yang tinggal di kawasan itu berkata, sasaran mereka adalah untuk membantu penduduk mengurangkan tekanan akibat pandemik itu.
Konsert itu adalah antara siri konsert tidak rasmi diadakan pelbagai pemuzik sepanjang wabak COVID-19 menyerang negara itu.
Data terkini menunjukkan Brazil merekodkan lebih sejuta kes positif COVID-19, negara kedua yang mencatat angka itu selepas Amerika Syarikat.
Setakat ini, lebih 50,000 kematian dicatatkan di negara berkenaan. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Brazil
#COVID-19
#kes positif
#konsert
#koronavirus
#pandemik
#Rio de Janeiro
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan