awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lakukan genosid di Gaza, Afrika Selatan fail kes di ICJ

Bernama
Bernama
30/12/2023
04:49 MYT
Lakukan genosid di Gaza, Afrika Selatan fail kes di ICJ
Menurut kerajaan Afrika Selatan tindakan Israel itu sebagai "genosid" dan perbuatan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza. -Reuters
WASHINGTON: Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.
Menurut kerajaan Afrika Selatan tindakan Israel itu sebagai "genosid" dan perbuatan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza.
Tindakan Israel itu melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, lapor United Press International (UPI).
Afrika Selatan turut meminta mahkamah mengeluarkan langkah-langkah sementara bagi melindungi hak rakyat Palestin daripada kemudaratan yang lebih teruk sehingga sukar untuk dipulihkan dan memastikan Israel patuh terhadap kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid .
Pegawai kesihatan Gaza pada Jumaat berkata 187 lagi rakyat Palestin terbunuh dan 312 cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban kepada 21,507 orang dan 55,915 cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza bermula pada 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#Afrika Selatan
#ICJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan