awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS

Bernama
Bernama
07/11/2024
20:30 MYT
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Pentadbiran Mahkamah Negara mengambil langkah pencegahan dengan menyekat akses ke laman sesawang yang terjejas, kerana disyaki diserang oleh DDoS. - Yonhap News via Bernama
SEOUL: Laman sesawang mahkamah di seluruh Korea Selatan mengalami gangguan perkhidmatan sementara pada Khamis dalam apa yang dipercayai sebagai serangan penggodaman, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai kehakiman.
Bagaimanapun, gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam, seperti carian kes, dan tidak melibatkan laman litigasi elektronik atau rangkaian dalaman mahkamah, menurut mereka.
Pentadbiran Mahkamah Negara segera mengambil langkah pencegahan dengan menyekat akses ke laman sesawang yang terjejas, kerana disyaki diserang oleh serangan penafian perkhidmatan teragih (DDoS).
Awal minggu ini, laman sesawang pelbagai agensi kerajaan, termasuk kementerian pertahanan dan alam sekitar, turut mengalami serangan DDoS, mendorong pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik serangan.
Serangan DDoS merujuk kepada keadaan di mana sejumlah besar peranti yang dijangkiti digunakan untuk membanjiri pelayan atau laman sesawang sasaran dengan jumlah penggunaan yang besar.
Pada Isnin, pengawas keselamatan siber Korea Selatan menyeru organisasi dan perniagaan tempatan untuk meningkatkan kesiapsiagaan perlindungan data mereka, dengan mengambil kira peningkatan risiko serangan penggodaman yang dikaitkan dengan penghantaran pasukan Korea Utara ke Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laman web
#godam
#ddos
#mahkamah Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan