Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos telah mengadakan mesyuarat kebangsaan di ibu negara pada Rabu bagi membincangkan pelan induk pengurusan warisan dunia ‘Plain of Jars’, atau dataran kendi, dan dokumen berkaitan yang diperlukan untuk pencalonan lanskap arkeologi megalitik itu bagi status warisan dunia UNESCO.
Agensi berita rasmi Laos (KPL) melaporkan dokumen dan pelan induk itu dijangka dikemukakan kepada Jawatankuasa Warisan Dunia untuk menimbangkan Plain of Jars sebagai satu warisan dunia UNESCO yang baharu pada tahun ini.
“Kerajaan dan UNESCO telah mengutamakan pencalonan Plain of Jars sebagai satu warisan dunia sejak 1998.
“Kedua-dua pihak telah mengumpul data, membincangkan dan merancang perlindungan mampan tapak warisan ini bagi memastikan tarikan pelancongan ini akan memanfaatkan industri pelancongan Laos,” kata Menteri Penerangan, kebudayaan dan Pelancongan Bosengkham Vongdara.
Sejak 2015, kementerian itu telah, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, menyenaraikan 11 tapak dataran kendi di Xieng Khuang untuk permohonan status warisan dunia, merumuskan pelan kawasan pemuliharaan dan perlindungan serta peraturan pengurusan bagi pihak berkuasa wilayah, daerah dan kampung.
Pengerusi mesyuarat itu meminta sektor-sektor yang relevan untuk membincangkan pelan induk dan dokumen berkaitan serta memastikan kesemuanya lengkap sebelum diserah kepada Jawatankuasa Warisan Dunia untuk pertimbangan.
“Kami bercadang untuk mengemukakan permohonan kepada UNESCO bagi mendapatkkan status warisan dunia untuk Plain of Jars tahun ini supaya ia menjadi warisan dunia yang ketiga Laos, dan kami akan melakukan perkara yang sama untuk Hin Nam No di Khammouane tahun depan.
“Semua ini bertujuan untuk memenuhi pelan strategik Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan 2016-2020,” kata ketua Pengarah Jabatan Warisan Dunia Khambay Phothisane.
Plain of Jars yang terletak di utara Laos merupakan lokasi kepada misteri alam berusia 2,000 tahun.
Ia merupakan kumpulan beberapa padang dipenuhi ribuan kendi diperbuat daripada batu ribuan tahun yang lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Plain of Jars yang terletak di utara Laos merupakan lokasi kepada misteri alam berusia 2,000 tahun. REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SPRM tahan dua individu disyaki kemuka tuntutan bayaran palsu bernilai RM100,000
Sumber SPRM berkata kedua-dua mereka, seorang wanita dan seorang lelaki lingkungan 30-an ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.
Maqis Kelantan gagalkan cubaan seludup 17 baka ayam gajah dari Thailand
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ayam hidup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Tanjung, Pengkalan Kubor.
Jangan lupa dokumen ini untuk terima bantuan awal persekolahan
Berikut beberapa panduan kepada ibu bapa atau penjaga sebelum mengambil wang bantuan di sekolah anak masing-masing.
Dokumen kes Rosmah tular, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah buat laporan polis
Laporan itu mendakwa dokumen berkenaan adalah kertas keputusan penghakiman kes rasuah Rosmah, membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
PasLeak: "Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak" - PM Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dokumen itu masih belum dipastikan kesahihannya.
Laporan risikan: UMNO Kelantan desak Pas beri penjelasan, buat laporan polis
Badan Perhubungan UMNO Kelantan memohon penjelasan dari Pas berhubung isu pendedahan dari beberapa dokumen tular yang dikatakan tercatat di dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat.
Dokumen laporan impak 'Banjir 2021' dikeluarkan minggu hadapan
Dokumen itu dijangka akan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) selewat-lewatnya pada minggu hadapan.
'Kerenah birokrasi sangat teruk'
Keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah.
Mesyuarat Khas Parlimen: Kerajaan putuskan tidak nasihat Agong untuk isytihar darurat baharu
Kerajaan juga bersetuju untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat sebelum ini.