MUNICH: Lapan orang cedera ringan apabila dua tren roller coaster berlanggar pada pagi Ahad, hari pertama festival 18 hari Munich Oktoberfest, lapor agensi berita dpa.
Pakar perubatan berkata, kebanyakan mangsa hanya mengalami lebam dan tiga orang dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut.
Susulan kemalangan itu, permainan itu yang dikenali sebagai Hollenblitz atau Hell's Lightning - ditutup sementara menunggu siasatan lanjut, kata polis.
Dalam kejadian itu, sebuah tren berlanggar sebuah tren yang tidak bergerak atas sebab yang tidak diketahui, kata pengarah permainan itu Willi Ottens kepada dpa pada Ahad.
Setiap tren memuatkan kira-kira 30 orang, katanya.
"Terdapat sedikit perlanggaran antara kedua-dua kereta api, semua orang turun sendiri daripada tren," kata Ottens.
Menurut Ottens, Hell's Lightning ialah roller coaster dalaman terbesar di dunia.
Perayaan Oktoberfest terkenal yang berlangsung setiap tahun di Munich, menarik berjuta-juta pelawat tempatan dan antarabangsa ke ibu kota Bavaria selama beberapa minggu pada bulan September dan Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Pakar perubatan berkata, kebanyakan mangsa hanya mengalami lebam dan tiga orang dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut. - Gambar hiasan/Jerrx Galicia/Twitter
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
Dua beranak trauma jadi mangsa 'roller coaster' tergelincir di pesta ria
Kejadian tersebut menyebabkan Nur Izzati patah tulang rusuk kiri dan anaknya mengalami kecederaan pada lutut.
Lapan cedera ringan dalam kemalangan roller coaster Oktoberfest di Munich
Pakar perubatan berkata, kebanyakan mangsa hanya mengalami lebam dan tiga orang dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut.
Taman Tema Yomiuriland di Tokyo dibuka semula
Bagaimanapun, pengunjung disarankan agar tidak menjerit ketika menaiki roller coaster selain menjaga penjarakan sosial.
COVID-19: Tak boleh jerit naik roller coaster, 'hantu' jaga jarak sosial di taman tema Jepun
Dilarang menjerit ketika menaiki roller coaster, jaga jarak sosial dalam Rumah Hantu dan jangan high-five adiwira kegemaran anda.
'Roller coaster' tergelincir, enam pengunjung nyaris maut
Enam pengunjung sebuah taman tema di Florida berdepan detik cemas dan hampir maut, apabila 'roller coaster' yang dinaiki mereka tergelincir.
LEGOLAND Malaysia lancar Roller Coaster Realiti Maya pertama di dunia
Permainan 'The Great LEGO Race' menampilkan pengalaman roller coaster yang lebih menarik dengan pengembaraan baharu yang belum pernah dirasai di taman tema LEGOLAND.
Anda memang hebat jika berani naik 5 roller coaster ini
Antara yang tertinggi, terlaju dan paling ekstrem di dunia tetapi berbaloi untuk dicuba.
Pekerja taman tema mati dilanggar gerabak roller coaster
Seorang pekerja 26 tahun mati dilanggar permainan roller coaster Volare di taman tema ikonik Prater Park di Vienna, ibu kota Austria pada Isnin.