Lapan ekor badak sumbu hitam mati di Kenya ketika dalam proses pemindahan yang dikendalikan oleh perkhidmatan hidupan liar negara, kata Menteri Pelancongan Najib Balala.
Menurut satu kenyataan pada Jumaat, badak-badak itu yang merupakan antara spesies paling terancam, mati di Taman Nasional Tsavo East, lapor Daily Nation.
Siasatan awal oleh Wildlife Service (KWS) menunjukkan kesemua badak sumbu hitam itu mati akibat keracunan garam setelah meminum air di habitat baharu.
Buat masa ini, proses pemindahan sudah dihentikan, tambah kenyataan tersebut.
Proses pemindahan badak antara dua taman negara bermula bulan lalu dari Nairobi ke Tsavo Timur.
Populasi badak di Kenya adalah 1,258 ekor pada 2017, dengan 745 daripadanya adalah badak hitam, 510 badak putih selatan dan tiga badak putih utara.
Ia merupakan pertambahan daripada hanya 400 ekor badak pada 1980-an. Badak putih adalah spesies yang paling terancam.
Mei lalu, tiga ekor badak hitam mati di Taman Negara Meru Kenya.
Pembunuhan haiwan liar meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan di kawasan sub-Sahara Afrika, di mana kumpulan-kumpulan pemburu bersenjata membunuh gajah dan badak, masing-masing untuk mendapatkan gading dan tanduk.
Organ lain haiwan-haiwan itu pula dilaporkan dihantar ke Asia dan digunakan untuk membuat perhiasan dan ubat-ubatan.
Reuters
Sat Jul 14 2018
Badak sumbu hitam betina sebelum diangkut semasa proses pemindahan di Taman Negara Nairobi, Kenya. - REUTERS / Fail
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.