awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan jemaah umrah Thailand positif varian Omicron

Bernama
Bernama
20/12/2021
06:49 MYT
Lapan jemaah umrah Thailand positif varian Omicron
Seramai 30 warga Thailand pulang menunaikan umrah dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 15 Disember. - Gambar fail
BANGKOK: Lapan jemaah Thailand disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah, Arab Saudi.
Terdapat dua kumpulan jemaah tiba masing-masing satu di Bangkok dan Phuket dan kesemua mereka ditempatkan di kemudahan kuarantin sejurus ketibaan.
Penasihat Chularatchamontri-Thailand, Preeda Chueaphudee berkata seramai 30 warga Thailand pulang menunaikan umrah dan tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada 15 Disember.
Beliau berkata semua jemaah menjalani kuarantin wajib di sebuah hospital di Bangkok.
"Keputusan ujian COVID-19 menunjukkan tujuh sampel positif varian Omicron.
"Kesemua lapan kes Omicron adalah kes import dan pesakit sedang menjalani kuarantin.Jadi, orang ramai tidak perlu panik," katanya.
Sementara itu, pegawai kesihatan awam Phuket, Dr Kusak Kukiatkul berkata seorang jemaah umrah Thailand yang tiba di Phuket disahkan positif varian Omicron selepas pulang dari Mekah pada 13 Disember.
Beliau berkata lima daripada 137 jemaah yang tiba di Phuket disahkan positif COVID-19.
Katanya, pesakit yang mempunyai gejala ringan atau tidak bergejala dibenarkan pulang tetapi di bawah pengawasan rapat.
Bagaimanapun, pada 17 Disember, beliau berkata keputusan ujian penjujukan genom menunjukkan satu daripada lima pesakit COVID-19 positif varian Omicron.
Sementara itu, ketua pejabat kesihatan daerah Pattani, Dr Anurak Sarapap mengesahkan lelaki itu kembali dari Mekah dan kemudian meneruskan perjalanan ke Pattani.
"Ia kes Omicron pertama di wilayah itu. Pesakit itu kini dirawat di Hospital Khok Pho di Pattani," katanya.
Sementara itu, media melaporkan penduduk tempatan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penduduk tempatan yang pulang dari Malaysia melalui sempadan darat.
Justeru, pihak berkuasa telah meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang sempadan.
Bangkok Post melaporkan kira-kira 57 rakyat Thailand pulang yang dari Malaysia sedang menjalani kuarantin.
"Tiada kes Omicron dikesan dalam kalangan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jemaah umrah
#Thailand
#Omicron
#Suvarnabhumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan