awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan maut kapal karam di perairan Jepun

Faida Rahim
Faida Rahim
26/01/2023
21:20 MYT
Lapan maut kapal karam di perairan Jepun
Beberapa kapal pengawal pantai dan pesawat tentera Jepun turut terlibat dalam pencarian yang membawa 13 anak kapal. - Foto REUTERS
TOKYO: Lapan orang termasuk enam warga China maut selepas sebuah kapal karam di perairan pantai Jepun, Selasa lalu.
Memetik laporan CNA, berita ini disahkan oleh diplomat China ke Jepun di mana kapal Jin Tian, yang membawa anak kapal dari China dan Myanmar menghantar isyarat kecemasan dari lokasi sekitar 110km barat Kepulauan Danjo yang terpencil dan tidak berpenghuni di barat daya Jepun.
Sebelum kejadian, kapten kapal memaklumkan pengawal pantai Korea Selatan menggunakan telefon satelit bahawa dia bersama anak kapal lain meninggalkan kapal yang karam pada awal pagi Rabu.
Dalam pada itu, beberapa kapal pengawal pantai dan pesawat tentera Jepun turut terlibat dalam pencarian yang membawa 13 anak kapal.
Pengawal pantai Jepun memaklumkan tiga kapal persendirian di kawasan itu turut membantu mengambil lima daripada anak kapal yang terkandas, kata pengawal pantai Jepun.
Konsulat Jeneral China di bandar Fukuoka, Lu Guijun, memberitahu penyiar rasmi CGTN bahawa lapan daripada 13 penumpang disahkan meninggal dunia di mana enam daripadanya adalah orang China.
"Lima daripada mereka termasuk empat anak kapal warga China tidak berada dalam keadaan yang mengancam nyawa," tambahnya.
Kapal Jin Tian seberat 6,651 tan itu dilaporkan didaftarkan di Hong Kong.
Difahamkan, kata konsulat Fukuoka melawat pegawai dari misi tempatan China melawat pengawal pantai Nagasaki di mana mereka meletakkan bunga untuk anak kapal yang maut dan mengucapkan takziah.
Kemalangan itu berlaku ketika cuaca sejuk melanda sebahagian besar Asia dengan suhu di siang hari di beberapa pulau Jepun yang paling hampir dengan lokasi menyelamat mencecah hanya tiga darjah celsius.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Jepun
#Jin Tian
#kapal karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan