BANGKOK: Lapan disyaki penyeludup dadah bersenjata maut dan kira-kira 4.5 juta pil methamphetamine dirampas susulan kejadian berbalas tembakan dengan anggota peronda sempadan di daerah Mae Fah Luang, di wilayah utara Chiang Rai hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan) Sabtu, komander Pasukan Petugas Pha Muang, Mejar Jeneral Suparoek Sathapornphon berkata tentera yang berkawal di sempadan melihat kira-kira 10 lelaki membawa beg di dalam hutan.
Suparoek yang juga pengarah Pusat Operasi Kawalan Narkotik Pha Mueang berkata, tentera memberi isyarat kepada kumpulan lelaki terbabit supaya berhenti untuk pemeriksaan tetapi mereka melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan dalam cubaan melarikan diri.
"Tentera membalas tembakan dan insiden berbalas tembakan berlanjutan kira-kira 10 minit.
"Selepas keadaan terkawal, tentera menjalankan pemeriksaan dan menemui lapan mayat di tempat kejadian. Selain itu, 45 beg mengandungi kira-kira 4.5 juta pil methamphetamine turut ditemui bertaburan di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata identiti penyeludup dadah bersenjata itu masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Tentera membalas tembakan kumpulan penyeludup dadah dan insiden berbalas tembakan berlanjutan kira-kira 10 minit. - Gambar hiasan/ Bernama
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Lapan penyeludup dadah maut berbalas tembakan di sempadan Thailand
Lapan disyaki penyeludup dadah bersenjata maut dan kira-kira 4.5 juta pil methamphetamine dirampas di Chiang Rai.
Penyeludup dadah berpaut pada bongkah kokain di perairan penuh jerung
Tiga individu disyaki penyeludup dadah terselamat selepas terapung selama beberapa jam di perairan Pasifik dipenuhi jerung.