awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Heathrow arah henti jualan tiket musim panas

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2022
14:20 MYT
Lapangan Terbang Heathrow arah henti jualan tiket musim panas
Arahan berkenaan dibuat bagi memastikan kesan terhadap penumpang mampu dikawal pada tahap minimum. - Gambar hiasan/ Twitter @Heathrow Airport
LAPANGAN Terbang Heathrow mengingatkan syarikat penerbangan agar menghentikan penjualan tiket penerbangan musim panas berikutan kadar kepadatan penumpang yang terlalu tinggi.
Tindakan itu bertujuan mengelakkan gangguan terhadap jadual penerbangan berikutan lapangan terbang berkenaan menerima lebih 100,000 penumpang sehari yang melebihi hadnya.
Menurut Ketua Eksekutifnya, John Holland-Kaye, faktor bilangan penumpang yang melebihi had telah menjejaskan operasi selain turut memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan.
Keadaan itu juga sekali gus menyebabkan beberapa isu termasuk penangguhan penerbangan, kesesakan di lapangan terbang, selain penumpang terkandas.
“Kadar penumpang harian ketika ini adalah sebanyak 104,000 dan jumlah ini telah melebihi had penumpang harian. Syarikat penerbangan dan lapangan terbang tidak mampu untuk uruskan jumlah penumpang yang terlalu tinggi.
“Kawalan dengan kadar segera perlu dibuat bagi memastikan kesan terhadap penumpang mampu dikawal pada tahap minimum,” katanya dalam satu kenyataan.
Had penumpang sebanyak 100,000 sehari itu akan mula dikuatkuasakan mulai 11 September.
Dalam pada itu, pihaknya mengakui arahan itu bakal menjejaskan beberapa jadual penerbangan selain penumpang terpaksa berdepan penjadualan semula penerbangan.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Heathrow
#tiket penerbangan
#musim panas
#lebih kapasiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan