awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Miyazaki kembali beroperasi selepas ditutup akibat letupan bom perang dunia kedua

Bernama
Bernama
03/10/2024
14:06 MYT
Lapangan Terbang Miyazaki kembali beroperasi selepas ditutup akibat letupan bom perang dunia kedua
Penerbangan pertama sejak lapangan terbang itu ditutup pada Rabu adalah penerbangan Japan Airlines ke Fukuoka yang berlepas sekitar 7.40 pagi waktu tempatan. - Gambar Wikipedia
MIYAZAKI (Jepun): Lapangan Terbang Miyazaki di barat daya Jepun kembali beroperasi pada pagi Khamis, sehari selepas letupan bom lama di jalan rayap (taxiway) menyebabkan lebih 80 penerbangan terpaksa dibatalkan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Letupan berlaku beberapa minit sebelum 8 pagi Rabu dan tiada kecederaan dilaporkan.
Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun mengesahkan bahawa letupan berpunca daripada bom seberat 250 kilogram dari Perang Dunia Kedua dan pihaknya sedang menyiasat punca ia meletup.
Kerja-kerja pembaikan diselesaikan selepas lubang berdiameter tujuh meter dan sedalam satu meter ditemukan di jalan rayap.
Penerbangan pertama sejak lapangan terbang itu ditutup pada Rabu adalah penerbangan Japan Airlines ke Fukuoka yang berlepas sekitar 7.40 pagi waktu tempatan.
Menurut pejabat Lapangan Terbang Miyazaki Kementerian Pengangkutan, serpihan asfalt berselerak dalam radius sekitar 200 meter selepas insiden itu.
Rakaman video dari Kolej Penerbangan Awam yang menggunakan lapangan terbang itu sebagai pangkalan latihan juruterbang memaparkan kepulan asap hitam dan serpihan terbang ke udara.
Lapangan terbang Miyazaki dahulunya merupakan pangkalan udara Tentera Laut Imperial Jepun dan sering terjejas oleh penemuan bom AS yang tidak meletup dari Perang Dunia Kedua.
Dua bom lama ditemukan di lapangan terbang itu pada 2011 dan satu lagi pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepulan asap
#letupan
#Lapangan Terbang Miyazaki
#serpihan asfalt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan