awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Sharjah bersiap sedia kendalikan lebih 500,000 penumpang sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
25/03/2025
22:00 MYT
Lapangan Terbang Sharjah bersiap sedia kendalikan lebih 500,000 penumpang sempena Aidilfitri
Semua persiapan operasi dan logistik dimuktamadkan dengan kerjasama rakan strategik serta pihak berkaitan bagi memastikan kelancaran operasi. - Foto WAM Official Website
SHARJAH : Lapangan Terbang Sharjah mengumumkan kesiapsiagaan penuh menjelang lonjakan trafik udara yang dijangka berlaku sepanjang tempoh cuti Aidilfitri.
Antara 27 Mac hingga 6 April, lapangan terbang di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu dijangka mengendalikan lebih 500,000 penumpang dan mengendalikan operasi 3,344 penerbangan.
Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Sharjah (SAA) mengesahkan yang semua persiapan operasi dan logistik dimuktamadkan dengan kerjasama rakan strategik serta pihak berkaitan bagi memastikan kelancaran operasi dan memberikan pengalaman perjalanan yang selaras dengan piawaian antarabangsa tertinggi.
Sebagai sebahagian daripada pelan operasi komprehensif, SAA menempatkan sumber manusia yang mencukupi di semua kawasan utama, dengan penekanan khusus pada pengukuhan pasukan perkhidmatan pelanggan untuk memberikan sokongan segera kepada penumpang.
Semua kemudahan dan perkhidmatan sokongan disiapkan sepenuhnya bagi mencerminkan kedudukan lapangan terbang ini sebagai hab penerbangan serantau terkemuka.
Selaras dengan komitmennya terhadap perkhidmatan inklusif, penekanan khusus diberikan kepada kemudahan khas untuk warga emas, kanak-kanak serta individu kelainan upaya bagi memastikan keselesaan mereka dan memenuhi keperluan khusus.
Lapangan Terbang Sharjah terus mempertingkatkan perjalanan digitalnya dengan menggalakkan penggunaan teknologi pintar yang membolehkan prosedur daftar masuk lebih pantas dan cekap.
Pengenalan kaedah digital ini adalah sebahagian daripada strategi transformasi lapangan terbang yang lebih luas, bertujuan menyediakan pengalaman perjalanan yang bersepadu dan berasaskan teknologi.
Penumpang dinasihatkan agar tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas bagi melengkapkan urusan perjalanan dengan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang sharjah
#trafik udara
#Aidilfitri
#Emiriah Arab Bersatu
#lonjakan penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan