awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan TikTok di Montana: Pengguna fail saman, dakwa cabul hak kebebasan bersuara

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2023
00:45 MYT
Larangan TikTok di Montana: Pengguna fail saman, dakwa cabul hak kebebasan bersuara
Saman tersebut difailkan selepas Gabenor Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang larangan penggunaan TikTok yang akan berkuat kuasa Januari 2024. - Gambar hiasan
SEJUMLAH lima pengguna TikTok memfailkan saman terhadap larangan penggunaan aplikasi tersebut di Montana, Amerika Syarikat (AS).
Saman difailkan pada Rabu di Mahkamah Persekutuan Missoula dengan penghujahan menyatakan larangan tersebut melanggar hak kebebasan bersuara.
Mereka turut menyatakan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa terhadap undang-undang keselamatan negara.
Saman tersebut difailkan selepas Gabenor Greg Gianforte menandatangani rang undang-undang larangan penggunaan TikTok yang akan berkuat kuasa pada Januari 2024.
Ia dikatakan bagi melindungi data dan maklumat peribadi penduduk Montana daripada diakses China.
Montana negeri pertama AS larang TikTok
Memetik laporan antarabangsa, jurucakap Jabatan Kehakiman Montana, Emily Flower, pihaknya menjangkakan cabaran undang-undang.
Namun pihaknya bersedia untuk mempertahankan undang-undang.
Susulan kenyataan Greg, TikTok yang dimiliki syarikat China, Bytedance dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mempertahankan hak pengguna dari dalam dan luar negeri Montana.
Tambahnya, larangan itu melanggar hak pindaan pertama perlembagaan AS bagi rakyat Montana.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Rang Undang-Undang
#TikTok
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan