Skip to main content

Dunia

Lebih 100 bekas diplomat gesa Perancis, UK kenakan sekatan ke atas Israel

People's belongings lie scattered at the site of an Israeli strike on an apartment building in Gaza City, June 4, 2026. REUTERS/Dawoud Abu Alkas TPX IMAGES OF THE DAY
Perobohan rumah penduduk Palestin dan keganasan peneroka Israel di Tebing Barat yang diduduki semakin memburukkan keadaan. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

PARIS: Seramai 102 bekas diplomat dari Perancis dan United Kingdom (UK) menggesa kedua-dua negara mengenakan sekatan bersama terhadap Israel, dengan alasan dasar Israel di wilayah Palestin yang diduduki mengancam peluang penubuhan sebuah negara Palestin pada masa depan.

Dalam surat terbuka yang diterbitkan oleh akhbar Le Monde, kumpulan itu menyeru Paris dan London bertindak bersama bagi mempertahankan undang-undang antarabangsa di Palestin serta memastikan hak yang sama diberikan kepada rakyat Israel dan Palestin.

Antara penandatangan surat itu ialah bekas duta UK ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeremy Greenstock dan Emyr Jones Parry, selain beberapa bekas pegawai kanan diplomatik Perancis yang berpengalaman luas di Asia Barat.

Mereka mendakwa perobohan rumah penduduk Palestin dan keganasan peneroka Israel di Tebing Barat yang diduduki semakin memburukkan keadaan, malah boleh menjejaskan prospek penyelesaian dua negara.

Bekas Duta UK ke Iran, Qatar dan Yemen, Nicholas Hopton, berkata kenyataan dalam surat itu berpandukan penilaian badan antarabangsa dan agensi PBB yang memantau situasi di wilayah Palestin.

Menurut beliau, kebimbangan utama ketika ini adalah perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat yang berpotensi menghalang pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaya maju.

Seorang lagi penandatangan, bekas Duta UK ke Libya, Peter Millett, berkata sudah tiba masanya kerajaan Barat mengambil tindakan lebih tegas dan bukan sekadar mengeluarkan kenyataan kecaman.

Beliau menggesa langkah seperti penggantungan perjanjian perdagangan dengan Israel, penghentian pemindahan senjata serta peningkatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Surat itu turut mencadangkan larangan perdagangan dengan penempatan Israel di wilayah yang diduduki, sekatan pembelian hartanah di tanah Palestin yang diduduki, serta jaminan akses kemanusiaan ke Gaza melalui agensi-agensi PBB.

Penulis surat berkenaan menegaskan bahawa Perancis dan UK, yang masing-masing mengiktiraf negara Palestin pada 2025, perlu menyusuli pengiktirafan tersebut dengan tindakan yang lebih konkrit.

Mereka turut menekankan bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan perlu dipertanggungjawabkan tanpa mengira pihak terlibat.

Pada masa sama, surat itu turut menggesa kepimpinan Palestin memperkukuhkan tadbir urus dan memastikan negara Palestin yang diiktiraf masyarakat antarabangsa kekal demokratik serta mematuhi undang-undang.

 

 

Must Watch Video

Advertisement