Lebih 100 orang maut akibat minum arak tiruan dalam kejadian di Uttar Pradesh dan Uttarakhand, di India pada Isnin.
Menurut polis dan media tempatan, kejadian tersebut disifatkan sebagai yang terburuk sejak beberapa tahun.
Kebanyakkan yang meninggal dunia di Haridwar, Uttarkhand dan dua daerah di Uttar Pradesh dilaporkan mengadu sakit perut dan sesak nafas.
Superintendan Kanan Polis Hadriwar, Janmaijai Prabhakar memaklumkan, polis telah menahan empat individu yang dikaitkan dengan kematian tersebut.
“Jumlah kematian di Haridwar kekal pada 36 mangsa dan kini 18 orang sedang menjalani rawatan,” katanya kepada Reuters.
Pihak berkuasa Uttar Pradesh juga gagal dihubungi bagi mendapatkan jumlah terkini mangsa yang maut, namun akhbar Indian Express dan Times of India memaklumkan, angkanya mencecah kepada 69 orang.
Kematian akibat alkohol yang dihasilkan secara haram, atau dikenali sebagai 'hooch' atau 'country liquor' merupakan kes yang biasa berlaku di India, di mana ramai tidak mampu membeli minuman keras berjenama.
Bagaimanapun jumlah terkini yang dicatat dipercayai yang paling tinggi sejak kes di Bengal Barat pada 2011 lalu, yang mengorbankan 172 nyawa.
Menurut Majistret daerah Saharanpurdi Uttar Pradesh, Alok Kumar Pandey, doktor telah membuat kesimpulan bahawa bayak mangsa telah mati “akibat jangkitan pada hati serta masalah pernafasan”.
Agensi
Mon Feb 11 2019
Kejadian tersebut disifatkan sebagai yang terburuk sejak beberapa tahun. - Gambar fail/REUTERS
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
PPM tahan lelaki, rampas arak tiruan
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
28 maut terminum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 28 orang maut di negeri Gujarat di barat India selepas terminum arak tiruan, kata polis pada Selasa.
Sindiket proses arak tiruan bernilai RM5.3 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am Batalion 5 tumpaskan sindiket proses dan menyimpan arak tiruan bernilai RM5.3 juta di Taman Perindustrian Desa Plentong.
Pemilik kedai runcit dikompaun RM6,000 jual, proses arak tiruan
Pemeriksaan lanjut menemui tempat memproses bahan tersebut di bilik stor di rumah berdekatan dengan kedai runcit tersebut.
Proses arak tiruan bawah tanah, empat warga asing dicekup
Dipercayai sindiket ini telah beroperasi setahun dan rampasan dianggarkan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM15,992.
Batalion 5 PGA rampas arak tiruan bernilai RM1 juta
Dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pekerja di premis tersebut turut ditahan.
Bahana arak tiruan, 41 maut
Sekurang-kurangnya, 41 orang mati selepas minum arak tiruan di negeri Assam, India.
Lebih 100 maut di India akibat minum arak tiruan
Lebih 100 orang maut akibat minum arak tiruan dalam kejadian di Uttar Pradesh dan Uttarakhand, di India pada Isnin.
Arak tiruan meragut satu lagi nyawa di Perak
Seorang lagi mangsa yang kritikal masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Keracunan alkohol tidak lagi terhad ke Lembah Klang
Kematian akibat keracunan arak tidak lagi terhad ke Lembah Kelang sahaja dengan dua kematian turut dilaporkan di Perak.