awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 1.1 bilion dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di China

Bernama
Bernama
26/06/2021
15:05 MYT
Lebih 1.1 bilion dos vaksin COVID-19 sudah disuntik di China
Jumlah penerima suntikan vaksin pula melebihi 630 juta, bermakna kadar pengambilan vaksin sudah melepasi 40 peratus. - Gambar/ AP
BEIJING: China sudah menyuntik sebanyak 1,120,643,000 dos vaksin COVID-19 setakat 24 Jun, memetik data Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC).
Jumlah penerima suntikan vaksin pula melebihi 630 juta, bermakna kadar pengambilan vaksin sudah melepasi 40 peratus.
China kini giat melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan program pemvaksinan di seluruh negara berjalan lancar.
Namun, pakar menasihatkan orang awam agar tetap mengamalkan langkah perlindungan seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak sosial serta mengehadkan aktiviti perhimpunan sebelum imuniti kelompok dapat dicapai sepenuhnya.
Orang ramai juga dinasihatkan segera mendapatkan rawatan jika mengalami simptom demam atau batuk.
Hasil pemantauan kesan negatif selepas menerima suntikan vaksin yang diumumkan NHC sebelum ini mendedahkan gejala biasa dan luar biasa adalah lebih rendah berbanding kesan suntikan vaksin jenis lain di China pada 2019.
Setakat 30 April, kadar kesan negatif pemvaksinan COVID-19 dilaporkan 11.86 kes per 100 ribu suntikan, antaranya, 83 peratus biasa, dan 17 peratus luar biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#suntikan
#imuniti kelompok
#China
#suntikan vaksin
#bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan