DHAKA: Lemas menjadi punca utama kedua kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Bangladesh apabila lebih 14,000 kanak-kanak di negara Asia Selatan itu maut akibat lemas setiap tahun, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan sempena Hari Pencegahan Lemas Sedunia pada Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyeru kerajaan, rakan kongsi pembangunan, masyarakat dan individu agar memainkan peranan mereka untuk meningkatkan kesedaran dan usaha mencegah kematian awal ribuan kanak-kanak di seluruh Bangladesh.
"Sungguh menyayat hati menyaksikan begitu banyak nyawa terkorban setiap tahun di negara ini sedangkan kita tahu ia boleh dicegah," kata wakil UNICEF ke Bangladesh, Sheldon Yett.
"Kami menggesa individu, masyarakat dan kerajaan untuk bersama-sama kami dalam meningkatkan kesedaran dan melakukan semampu yang mungkin untuk memastikan hak setiap kanak-kanak untuk terus hidup dan berkembang maju."
Di peringkat global, lemas meragut nyawa lebih 230,000 orang setiap tahun.
Sembilan daripada 10 kes lemas berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan risiko tertinggi libatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Di Bangladesh, di kawasan darat yang sentiasa tenggelam akibat banjir tahunan, ketiadaan kesedaran dan kemahiran berenang terbukti mengancam nyawa.
Kanak-kanak di kawasan luar bandar yang membesar berhampiran dengan perairan juga terdedah kepada risiko lemas setiap hari.
"Lemas adalah kebimbangan kesihatan awam yang ketara dan punca utama ketiga kematian tidak disengajakan di seluruh dunia. Lemas juga merupakan antara punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di Bangladesh," kata Wakil WHO ke Bangladesh, Bardan Jung Rana.
"Ia boleh dicegah dengan cara mempertingkat kerjasama pelbagai sektor, menggalakkan kepimpinan yang kukuh dalam pencegahan lemas dan melaksanakan tindakan yang perlu untuk mencapai masa depan yang lebih selamat dan sihat untuk semua."
Bukti menunjukkan bahawa lemas boleh dicegah melalui penyelesaian kos rendah.
Dengan cara meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga dan komuniti, menyediakan kemahiran keselamatan dan berenang untuk kanak-kanak dan remaja, memastikan kemudahan penjagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak prasekolah, serta dasar dan pelaburan negara untuk pencegahan boleh memberikan kesan yang ketara.
Pada 2021, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berstau (PBB) mengisytiharkan 25 Julai sebagai Hari Pencegahan Lemas Sedunia untuk mengiktiraf lemas sebagai punca utama kematian di seluruh dunia dan menekankan bahawa setiap kematian akibat lemas boleh dicegah. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Lemas menjadi punca utama kedua kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Bangladesh apabila lebih 14,000 kanak-kanak di negara Asia Selatan itu maut akibat lemas setiap tahun. - Gambar hiasan
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor.
Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi.
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.