awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat tanah runtuh di Bandung Barat - Wisma Putra
Ivan pamer aksi cemerlang raih tiga emas dalam acara olahraga
Lufthansa batalkan penerbangan ke AS menjelang ribut musim sejuk

Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS

Bernama
Bernama
25/01/2026
01:30 MYT
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
Keadaan jalan yang dilitupi salji di Dallas, 24 Jan 2026. (Foto AP)
ISTANBUL: Lebih 14,000 penerbangan di seluruh Amerika Syarikat (AS) dibatalkan sehingga Isnin susulan ribut musim sejuk yang diramal paling kuat dalam sejarah negara itu mengganggu perjalanan udara, lapor Anadolu Ajansi (AA) merujuk data perkhidmatan penjejakan penerbangan.
Data FlightAware menunjukkan sebanyak 3,898 pembatalan dicatatkan pada Sabtu, dengan 8,822 lagi dijangka pada Ahad manakala tambahan 1,549 pembatalan pada Isnin. Lebih 3,004 kelewatan turut direkodkan pada Sabtu.
Jutaan penduduk di seluruh AS kini berdepan situasi darurat apabila ribut itu dijangka menjejaskan kawasan dari Barat Daya hingga Timur Laut bermula Sabtu.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan bahawa salji lebat akan melanda dari Oklahoma hingga selatan Maine, manakala "hujan sejuk beku dan slit yang meluas" diramal berlaku di kawasan Selatan dan Tenggara AS.
Presiden AS Donald Trump sebelum ini memberi amaran tentang "gelombang sejuk yang memecahkan rekod" dijangka melanda puluhan negeri.
Trump telah meluluskan pengisytiharan darurat untuk 12 negeri, sementara sekurang-kurangnya 22 negeri dan Washington, DC turut mengisytiharkan darurat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan dibatalkan
#Amerika Syarikat
#ribut
#Ribut musim sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.