Lebih 20 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam kejadian tembakan di satu konsert di luar Hotel Mandalay Bay, Las Vegas, kata polis tempatan pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua.
Jurucakap polis Joe Lombardo pada sidang akhbar berkata, suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, bagaimanapun suspek berjaya dibunuh polis kemudian.
Menerusi rakaman video dimuat naik dalam talian, kedengaran bunyi tembakan dipercayai daripada senjata automatik
Dilaporkan jenis senjata api yang menghasilkan bunyi bising seperti dirakamkan dalam video berkenaan sukar untuk didapati di kedai menjual senjata di Amerika Syarikat.
Media tempatan melaporkan kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam Ahad sementara saluran berita ABC 7 berkata ratusan das tembakan dilepaskan.
Terdahulu, laporan awal oleh CBS Los Angeles dan FOX 11 mengatakan, dua terbunuh dalam kejadian itu manakala 24 cedera dengan 12 dilaporkan parah.
Bernama
Mon Oct 02 2017
Pegawai polis berkawal di lokasi kejadian tembakan berdekatan Hotel Mandalay Bay, Las Vegas, pada 1 Oktober, 2017. (AP Photo)
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Teman wanita suspek kes tembakan rambang Las Vegas disoal siasat
Teman wanita suspek yang menyebabkan 59 orang maut termasuk dirinya sendiri, dalam satu insiden tembakan rambang di Las Vegas, telah disoal siasat oleh FBI.
Lebih 20 maut dalam kejadian tembakan di Las Vegas
Suspek utama menggunakan senapang automatik dan melepaskan tembakan dari tingkat 32 hotel berkenaan, bagaimanapun suspek berjaya dibunuh polis kemudian.