awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 200 sukarelawan dikhuatiri hilang di Mayotte akibat Siklon Chido: IFRC

Bernama
Bernama
17/12/2024
22:45 MYT
Lebih 200 sukarelawan dikhuatiri hilang di Mayotte akibat Siklon Chido: IFRC
Siklon Chido, yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, telah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu. - Gambar AP
GENEVA: Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) melahirkan kebimbangan pada Selasa berhubung nasib lebih 200 sukarelawannya yang dikhuatiri hilang di Mayotte, wilayah Lautan Hindi Perancis, selepas Siklon Chido memusnahkan pulau-pulau itu, lapor Xinhua.
"Angin sehingga 220 kilometer sejam (km/j) yang disebabkan oleh Siklon Chido telah memusnahkan wilayah luar negara Perancis di Mayotte. Dikhuatiri lebih daripada 200...sukarelawan hilang," kata IFRC di platform X.
Siklon Chido, yang membadai pulau Mayotte pada Sabtu, telah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang dan menyebabkan kerosakan besar ke atas pulau itu, lapor media Perancis pada Ahad.
Jurucakap IFRC, Tommaso Della Longa melahirkan kebimbangan terhadap sebilangan besar individu yang masih belum ditemukan berikutan kemusnahan Siklon Chido di Mayotte.
Dalam temu bual televisyen, beliau mendedahkan, lebih 200 sukarelawan daripada Palang Merah Perancis adalah antara yang hilang, tanpa komunikasi sejak taufan melanda.
Beliau menambah, pasukan Palang Merah Perancis dikerahkan bersama dengan bantuan kemanusiaan, sebagai persediaan menghadapi bencana itu, tiba di pulau-pulau itu seminggu sebelum taufan berkenaan mendarat.
Terletak di Saluran Mozambique utara Lautan Hindi, Mayotte ialah jabatan dan wilayah luar negara dan kolektiviti wilayah tunggal Perancis.
Ia terletak di luar pantai tenggara Afrika antara barat laut Madagascar dan timur laut Mozambique. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#200 sukarelawan hilang
#IFRC
#Mayotte
#Siklon Chido
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan