Lebih 350 penduduk dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pergunungan, timur laut Afghanistan.

Kejadian berlaku di wilayah Badakshan susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan, lebih 2,000 penduduk dilaporkan masih hilang.

Runtuhan itu turut menjejaskan sekitar 1,000 rumah dengan 300 daripadanya tertimbus dibawah runtuhan lumpur dan batu.

Jurucakap pertubuhan bangsa bersatu, Ari Gitanis berkata, jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal juga dijangka lebih tinggi.

Menurut satu sumber lagi, salah satu perkampungan yang terjejas teruk ialah Hargu yang menempatkan lebih 215 keluarga.

Perkampungan terbabit dikatakan tertimbus sepenuhnya.

Badakhsan merupakan perkampungan di kawasan pergunungan yang bersempadan dengan Tajikistan, China dan Pakistan.