awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 350,000 isi rumah terputus bekalan elektrik selepas ribut landa Hungary - PM Orban

Bernama
Bernama
08/07/2025
23:30 MYT
Lebih 350,000 isi rumah terputus bekalan elektrik selepas ribut landa Hungary - PM Orban
Penumpang yang terkandas menunggu di Lapangan Terbang Budapest, susulan penerbangan digantung akibat sisa runtuhan yang jatuh ke landasan ketika ribut melanda Budapest, Hungary, 7 Julai 2025. REUTERS
MOSCOW: Lebih 350,000 isi rumah di Hungary terputus bekalan elektrik selepas ribut kuat melanda negara itu, mengakibatkan kerosakan paling besar dalam tempoh tiga dekad, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan Kerajaan Hungary pada Selasa.
"Ribut semalam menyebabkan kerosakan serius kepada negara.
"Seramai 366,000 isi rumah terputus bekalan elektrik, dan menjelang pagi, kami berjaya mengurangkan jumlah itu kepada 50,000.
"Pekerja syarikat pembekal elektrik sedang giat membaiki kerosakan," kata Perdana Menteri Hungary Viktor Orban menerusi media sosial.
Pusat Maklumat Kebangsaan melaporkan yang kerosakan pada grid elektrik akibat ribut itu adalah yang paling teruk dalam tempoh 30 tahun, dengan gangguan kepada sistem pengangkutan terutamanya kereta api serta komunikasi dan bekalan air.
Usaha pembaikan masih diteruskan, menurut pusat itu.
Lapangan Terbang Ferenc Liszt di Budapest memaklumkan pada Isnin operasinya terpaksa digantung sementara waktu disebabkan ribut petir, yang menyebabkan sisa runtuhan jatuh ke landasan dan satu daripada dua terminal dilanda banjir.
Operasi disambung semula selepas tiga jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#Hungary
#putus bekalan elektrik
#penerbangan digantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan