PORT MORESBY : Sekurang-kurangnya 53 orang maut dalam serangan hendap di wilayah tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea.
Mangsa ditembak mati semasa pertikaian suku di wilayah Enga pada hujung minggu, kata jurucakap polis negara kepada BBC.
Pihak berkuasa telah merayu untuk bertenang dan memberi peringatan angka kematian dijangka meningkat.
Kawasan tanah tinggi itu telah lama bergelut dengan keganasan, tetapi pembunuhan ini dipercayai paling teruk berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketika ini, polis telah mula mengumpul mayat di tempat kejadian berhampiran bandar Wabag - kira-kira 600km (373 batu) barat laut ibu kota Port Moresby.
"Ini adalah [pembunuhan] terbesar yang pernah saya lihat di Enga, mungkin di seluruh tanah tinggi juga.
"Kami semua sangat lelah, tertekan secara mental. Sukar untuk dijelaskan," kata Pemangku Ketua Polis Papua New Guinea, George Kakas seperti dilaporkan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).
Konflik suku yang semakin memuncak – lazimnya berkaitan dengan pengagihan tanah dan kekayaan - membawa kepada penutupan selama tiga bulan di Wilayah Enga pada Julai lalu dan polis mengenakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemasukan senjata api haram telah menjadikan pertempuran lebih maut dan mencetuskan keganasan yang berulang.
Menurut Gabenor Peter Ipatas, terdapat tanda-tanda bahawa pertempuran akan meletus lagi menjelang serangan hendap, menurut ABC.
"Dari perspektif wilayah, kami tahu pergaduhan ini akan berlaku dan kami memaklumkan kepada pasukan keselamatan minggu lalu untuk memastikan mereka mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berlaku," kata Peter.
Keselamatan secara lebih meluas kekal menjadi kebimbangan utama bagi PNG.
Kerajaan bulan lalu mengisytiharkan darurat selepas rusuhan besar dan rompakan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh.
Australia - salah satu sekutu terdekat negara itu berkata, laporan pembunuhan itu "sangat membimbangkan."
"Kami menyediakan sokongan yang besar, terutamanya untuk melatih pegawai polis dan untuk keselamatan di Papua New Guinea," kata Perdana Menteri Anthony Albanese dalam wawancara radio pada Isnin. - BBC
Agensi
Mon Feb 19 2024
Sekurang-kurangnya 53 orang maut dalam serangan hendap di wilayah tanah tinggi terpencil di Papua New Guinea. - Gambar hiasan
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Lebih 50 ditembak mati dalam serangan hendap di Papua New Guinea
Polis jangka angka kematian meningkat dalam jenayah yang tercetus akibat pertikaian suku kaum di wilayah Enga.
Empat maut, sembilan cedera dalam serangan hendap di Pattani
Pasukan keselamatan yang sedang meronda di Pejabat Majlis Perbandaran Yarang, diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata.
Seorang maut, dua sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan hendap di Narathiwat
Kejadian berlaku kira-kira 8 pagi, ketika anggota sukarelawan pertahanan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke markas.