awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan hendap di Narathiwat

Bernama
Bernama
12/01/2023
00:10 MYT
Seorang maut, dua sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan hendap di Narathiwat
Anggota tentera dan sukarelawan pertahanan membuat pemeriksaan di tempat kejadian serangan hendap di Narathiwat, Thailand, 11 Jan 2023. --fotoBERNAMA
NARATHIWAT: Seorang anggota sukarelawan pertahanan maut manakala dua lagi cedera parah dalam serangan hendap di Narathiwat, Thailand pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kol. Pol. Suthon Sukwiset berkata kejadian berlaku kira-kira 8 pagi (waktu tempatan), ketika lapan anggota sukarelawan pertahanan menaiki empat buah motosikal dalam perjalanan pulang ke markas selepas selesai menjalani kawalan keselamatan di sebuah sekolah di daerah Si Sakhon.
"Sekumpulan individu bersenjata bertindak meletupkan sebutir bom buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan sukarelawan pertahanan itu.
"Seorang sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.
Mangsa yang cedera akibat letupan turut terkena tembakan dan senjata mereka dirampas suspek," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
Suspek kemudian bertindak melarikan diri.
Anggota sukarelawan yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Si Sakhon dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#serangan hendap
#sukarelawan pertahanan
#Narathiwat Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan