ANGKA korban COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University pagi ini menunjukkan jumlah kematian global meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah angka 865,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 186,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 123,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan angka korban 67,000 dan 65,000 kes.

Negara kelima catat angka korban yang tinggi adalah United Kingdom dengan 41,000 kes.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 dan 30,000 kes.

Manakala Sepanyol dan Peru berkongsi 29,000 angka kematian.

Negara terakhir merekodkan angka korban melebihi 20,000 ialah Iran dengan 21,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.