awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 800 kes denggi dilaporkan di selatan Pakistan setakat 2025

Bernama
Bernama
16/10/2025
21:50 MYT
Lebih 800 kes denggi dilaporkan di selatan Pakistan setakat 2025
Daripada 819 kes, sebanyak 175 kes baharu dilaporkan setakat ini pada Oktober, manakala satu kematian turut direkodkan akibat demam tersebut pada 2025. - Gambar hiasan
ISLAMABAD: Sebanyak 819 kes denggi telah direkodkan di wilayah selatan Sindh, Pakistan sejak awal tahun ini, menurut Jabatan Kesihatan Sindh pada Khamis, lapor Xinhua.
Daripada jumlah itu, 175 kes baharu dilaporkan setakat ini pada Oktober, manakala satu kematian turut direkodkan akibat demam tersebut pada 2025.
Bandar Karachi kekal sebagai kawasan paling terjejas bulan ini dengan 85 kes dilaporkan.
Menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kes denggi, Menteri Kesihatan, Sindh Azra Fazal Pechuho berkata, pelbagai langkah menyeluruh sedang diambil bagi membendung penularan penyakit itu.
Beliau berkata, pasukan jabatan kesihatan memantau dengan rapi semua kes yang disyaki dan disahkan di setiap daerah serta bekerjasama dengan pentadbiran tempatan bagi melaksanakan tindakan pencegahan dan pemulihan segera.
"Melindungi kesihatan awam adalah keutamaan, dan pentadbiran wilayah menggunakan semua sumber yang ada untuk membasmi denggi serta penyakit bawaan vektor lain di wilayah ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#kes denggi
#penyakit bawaan vektor
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan