awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda WWE, Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2025
16:07 MYT
Legenda WWE, Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun
Dunia gusti profesional dikejutkan dengan berita pemergian legenda WWE, Hulk Hogan, yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun.
DUNIA gusti profesional dikejutkan dengan berita pemergian legenda WWE, Hulk Hogan, yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Berita itu dilaporkan oleh TMZ Sports awal pagi Khamis, 24 Julai.
Menurut laporan, pasukan perubatan telah dikerahkan ke kediaman Hogan di Clearwater, Florida selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan serangan jantung.
Beberapa kenderaan polis dan ambulans dilihat berada di lokasi sebelum Hogan dibawa keluar menggunakan pengusung
Hogan, atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, merupakan ikon gusti yang melonjakkan populariti WWE sejak era 1980-an.
Beliau pernah mengalami masalah kesihatan selepas menjalani pembedahan leher pada Mei lalu, namun isterinya sebelum ini menafikan khabar angin bahawa beliau berada dalam keadaan koma
Berita pemergian Hogan mencetuskan gelombang penghormatan di media sosial, dengan peminat dan tokoh industri mengenang sumbangan besar beliau dalam dunia hiburan dan sukan.
Rata-rata peminat menyifatkan Hogan sebagai simbol zaman kanak-kanak mereka dan ikon budaya pop yang tiada tandingan
Setakat ini, pihak keluarga belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
Topic Berkaitan
#Legenda WWE
#Hulk Hogan
#meninggal dunia
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan