Ringkasan AI
- Situasi jerebu kekal dengan 15 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat jam 11 pagi.
- Negeri Sembilan paling terjejas dengan IPU 163, manakala beberapa kawasan lain seperti Melaka dan Selangor menunjukkan penurunan atau kestabilan bacaan.
- Secara keseluruhan, 53 stesen pemantauan lain berada pada tahap sederhana dan baik, dengan bacaan terendah dicatatkan di Sabah dan Sarawak.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara kekal tidak banyak berubah dengan 15 kawasan masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat jam 11 pagi ini.
Nilai di Negeri Sembilan kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan bacaan IPU 163, sedikit menurun daripada 164 pada jam sebelumnya.
Menurut data kualiti udara terbaharu, Bukit Rambai di Melaka turut mencatatkan penurunan kecil daripada 158 kepada 157, manakala Seremban kekal stabil pada paras 155.
Di Selangor dan Lembah Klang, sebahagian besar kawasan mencatatkan bacaan yang stabil atau menurun sedikit. Petaling Jaya dan Klang masing-masing merekodkan bacaan 154 berbanding 155 sebelum ini, manakala Johan Setia kekal pada paras 154 dan Shah Alam tidak berubah dengan bacaan 152. Banting pula mencatatkan peningkatan kecil daripada 130 kepada 131.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras menunjukkan peningkatan kualiti udara yang ketara apabila bacaannya turun daripada 136 kepada 123. Batu Muda serta Putrajaya masing-masing kekal stabil pada bacaan 153 dan 140.
Di selatan Semenanjung, Tangkak di Johor mengekalkan bacaan tidak sihat pada paras 153, manakala Pasir Gudang meningkat satu mata kepada 111 berbanding 110 pada jam sebelumnya.
Sementara itu, Port Dickson mencatatkan penurunan paling ketara dalam kalangan kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat apabila IPU turun daripada 151 kepada 149. Bandaraya Melaka pula merekodkan bacaan 134.
Secara keseluruhan, 53 stesen pemantauan lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan baik. Alor Gajah di Melaka merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori sederhana iaitu 99, manakala Kimanis di Sabah dan Limbang di Sarawak mencatatkan bacaan terendah, masing-masing sebanyak 41.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 11 pagi?
A: Sebanyak 15 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100 setakat jam 11 pagi. - Q: Kawasan manakah yang mencatatkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah nilainya?
A: Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 163. - Q: Bagaimanakah trend bacaan IPU di Selangor dan Lembah Klang?
A: Bacaan IPU di Selangor dan Lembah Klang kebanyakannya stabil atau menurun sedikit, kecuali Banting yang mencatatkan peningkatan kecil. - Q: Apakah perubahan bacaan IPU di Cheras, Kuala Lumpur?
A: Cheras menunjukkan peningkatan kualiti udara dengan bacaan IPU turun daripada 136 kepada 123. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang berada pada tahap sederhana dan baik di seluruh negara?
A: Sebanyak 53 stesen pemantauan lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana dan baik.