awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki didakwa mengekori, paksa Malia Obama untuk berkahwin ditahan

Agensi
Agensi
20/04/2017
05:36 MYT
Lelaki didakwa mengekori, paksa Malia Obama untuk berkahwin ditahan
Barack Obama mempunyai pasukan ejen yang khusus untuk menjaga aspek keselamatan anak-anaknya. - EPA
Seorang lelaki yang didakwa mengekori anak bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Malia Obama, ketika menjalani latihan amali di New York ditahan untuk siasatan, lapor media antarabangsa.
Portal The New York Daily News melaporkan, Jair Nilton Cardoso, 30, melawat Malia yang berusia 18 tahun itu sebanyak dua kali semasa dia menjalani latihan amali di dua lokasi berasingan.
Cardoso pertama kali dikesan di bangunan Tribeca pada 10 April lalu - di mana dia meletakkan papan tanda di tingkap bangunan tersebut dan merayu kepada Obama untuk berkahwin dengannya, menurut sumber.
Pasukan keselamatan kemudiannya mengesan lelaki yang sama mengikuti Malia keluar dari sebuah bangunan di West Village dua hari kemudian.
Pihak berkuasa kemudian mendapati lelaki berkenaan cuba memasuki kawasan White House beberapa kali.
Selepas menjejak pergerakan Cardoso, Pasukan Perkhidmatan Rahsia melapor insiden itu kepada Jabatan Polis New York (NYPD).
Pada 13 April lalu, Pasukan Perkhidmatan Rahsia pergi ke apartmen Cardosa di Brooklyn untuk menjalankan siasatan.
Mereka mendapati Cardosa mengalami gangguan emosi dan dia kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan psikologi.
Difahamkan, kes ugutan itu tidak akan difailkan kepada NYPD sehingga Selasa minggu depan.
Topic Berkaitan
#anak
#Barack Obama
#keselamatan
#New York
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan