Skip to main content

Dunia

Lelaki dipenjara enam tahun cuba bunuh Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent

U.S. Treasury Secretary Scott Bessent attends a media interview at the White House in Washington, D.C., U.S., July 30, 2026. REUTERS/Kylie Cooper/File Photo
Tertuduh cuba membunuh Bessent (gambar), yang ketika itu calon anggota Kabinet menggunakan koktail Molotov yang diperbuat daripada botol vodka, selain membawa pisau lipat ke kawasan Capitol. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Seorang lelaki dari Massachusetts dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga tahun pengawasan selepas didapati bersalah cuba membunuh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent pada 2025, menurut Jabatan Kehakiman AS (DOJ) pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Ryan Michael English, 26, dari South Deerfield, Massachusetts dijatuhi hukuman penjara 73 bulan oleh Mahkamah Daerah AS hari ini berkaitan cubaan membunuh Scott Bessent, yang ketika itu calon anggota Kabinet menggunakan koktail Molotov yang diperbuat daripada botol vodka, selain membawa pisau lipat ke kawasan Capitol,” menurut kenyataan itu.

DOJ memaklumkan English mengaku pergi ke Washington, DC dengan niat membunuh seorang pegawai kerajaan atau membakar sebuah badan pemikir (think-tank).

Dia turut mengaku bersalah atas satu pertuduhan menerima, memiliki danatau memindahkan senjata api secara tidak sah serta satu pertuduhan membawa senjata api, senjata berbahaya, bahan letupan atau alat pembakar di kawasan Capitol AS, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement