Seorang lelaki ditahan atas dakwaan membunuh seorang remaja dan cuba menyorok mayat mangsa di dalam sebuah beg.

Xie Lei, 33, ditahan polis pada Rabu selepas di sebuah pangsapuri di Jiangxi, China, lapor Oriental Today News.

Kegiatan Xie terbongkar ketika dia cuba menaiki sebuah teksi bersama beg yang mengandungi mayat remaja itu pada Selasa lepas.

Pemandu teksi berkenaan terlihat kesan darah serta bau busuk pada beg berkenaan dan terus menghubungi polis.

Xie berjaya melarikan diri sebelum polis tiba namun berjaya diberkas pada keesokan hari dengan bantuan orang awam.

Media tempatan mengenal pasti mangsa sebagai seorang remaja berusia 19 tahun yang berkerja bersama Xie di sebuah pusat karaoke tempatan.

Mayat mangsa dikenal pasti oleh bapanya sendiri yang memberitahu dia menghubungi mangsa beberapa hari sebelum dia dibunuh.

Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengetahui motif di sebalik kejadian.