PELAKSANAAN perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negara dalam usaha memutuskan rantaian penyebaran COVID-19 menyaksikan pelbagai gelagat dan reaksi rakyat yang masih berdegil dengan arahan itu.
Selain memberikan alasan yang tidak masuk akal, ada yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat melepasi sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa.
Di United Kingdom (UK), seorang pemandu lelaki ditahan setelah melanggar arahan sekatan perjalanan dengan alasan mengambil barang pembelian berupa tingkap berharga £15 (kira-kira RM80) secara dalam talian.
Namun apa yang memeranjatkan anggota polis apabila mendapati isteri pemandu itu berada di dalam but kereta.
Menurut makluman polis North West Motorway, lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian.
“Isterinya tidak muat duduk di dalam kereta. Jadi dia baring di dalam but sepanjang perjalanan pulang sebelum mereka ditahan,” kata kenyataan itu.
Lelaki itu dilapor disaman kerana melanggar arahan kerajaan dengan melakukan perjalanan tidak penting (non-essential travel).
United Kingdom melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai malam Isnin (waktu tempatan) susulan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di negara itu.
Rakyat negara itu hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan, ubat-ubatan, atau tugasan kritikal.
BACA: COVID-19: UK laksana perintah kawalan pergerakan
Najmi Syahiran Mamat
Tue Mar 31 2020

Lelaki itu dipercayai memandu lebih 2 jam sejauh 200 kilometer dari Coventry ke Salford untuk mengambil tingkap yang dibelinya secara dalam talian. -Gambar hiasan/Reuters

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada PRU15 lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parlimen Tambun.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

Kebakaran Hutan | Korban cecah 30 orang
Angka korban ekoran kebakaran hutan di Chile kini mencecah hampir 30 orang. Keadaan yang bertambah buruk memaksa negara itu meminta bantuan antarabangsa untuk mengawal puluhan siri kebakaran yang memusnahkan hampir 40,000 hektar kawasan hutan. Menteri Dalam Negeri Carolina Toha berkata mereka meminta sokongan diminta dari negara jiran seperti Brazil, Argentina, dan Uruguay.

KKM syor dos penggalak kedua kepada individu 50-59 tahun
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos berkenaan adalah pilihan kumpulan berkenaan sebagai usaha melindungi diri daripada sebarang risiko yang teruk.

PICKids: 79,393 kanak-kanak terima dos pertama vaksin COVID-19
79,393 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun telah menerima dos 1 vaksin COVID-19 jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech) dari 3 hingga 10 Februari lalu.

COVID-19: 3,683 jangkitan baharu dikesan dalam 24 jam
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 adalah 2,750,516 kes.

Tanda pagar #covid19 jadi pilihan rakyat Malaysia di Twitter
Hashtag (tanda pagar) #covid19 menjadi pilihan pengguna Twitter di Malaysia susulan penguatkuasaan kawalan pergerakan terutamanya larangan merentas negeri, sebelum ini.

Nature is calling: Aktiviti luar kini lebih menyeronokkan!
Untuk artikel kali ini, kami akan cadangkan kepada anda beberapa peralatan yang perlu dipertimbangkan bagi melakukan aktiviti outdoor.

Inisiatif PKRCS khas: Kelegaaan kepada golongan B40, industri perhotelan
Inisiatif pelaksanaan PKRCS khas yang bermula 26 Julai lalu memberi kelegaan kepada golongan B40 dalam memantau keadaan pesakit kategori satu dan dua daripada kumpulan tersebut.

Kerajaan perlu tumpu tangani krisis kesihatan, masalah ekonomi dan contohi negara-negara Asia Timur
Kerajaan tidak seharusnya menjadikan perkiraan atau perhitungan politik jangka pendek untuk mempengaruhi dasar kesihatan dan ekonomi.

COVID-19: 77 kematian baharu, 13 merupakan kes BID
Analisa CPRC Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).

COVID-19: 11 daripada 13 kluster baharu adalah kluster tempat kerja - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 13 kluster baharu itu dikesan di lapan negeri.

Tiga jam perjalanan ke pedalaman Ranau berbaloi, vaksin habis diberi penduduk
Membawa bekalan vaksin COVID-19 dengan menempuh jalan tanah merah berbatu dan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda serta persekitaran hutan tebal.