awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditikam selepas masukkan nama rakan dalam WhatsApp LGBT

Agensi
Agensi
18/04/2018
12:21 MYT
Lelaki ditikam selepas masukkan nama rakan dalam WhatsApp LGBT
Tindakan seorang lelaki memasukkan nama rakannya ke dalam grup WhatsApp kumpulan yang mengamalkan seks luar tabii mengundang padah apabila dia ditikam hingga mati. -Gambar hiasan
Tindakan seorang lelaki memasukkan nama rakannya ke dalam grup WhatsApp kumpulan yang mengamalkan seks luar tabii mengundang padah apabila dia ditikam hingga mati.
Dalam kejadian yang berlaku di Waru Alley, Cawang, Jakarta Timur, Indonesia pada Isnin malam itu, mayat mangsa yang hanya dikenali sebagai Ali ditemukan dengan kesan tikaman di tubuhnya.
Hasil siasatan polis mendapati mangsa berusia 33 tahun itu dibunuh rakannya sendiri, Petrus Paulus Ualubun, 21 tahun.
Menurut laporan The Jakarta Post, suspek dipercayai marah dengan mangsa yang didakwa telah memasukkan namanya ke dalam grup lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) pada aplikasi mudah alih WhatsApp.
Jurucakap polis berkata mereka telah menahan suspek di rumahnya di Cikarang, Jawa Barat pada Selasa pagi.
"Suspek marah kerana mangsa didakwa telah memasukkan namanya ke dalam grup LGBT di WhatsApp sedangkan dia bukan daripada kalangan itu.
“Suspek yang mengajak mangsa untuk bertemu bertindak menyerang dan membunuhnya.”
Mayat mangsa ditemukan dengan luka pada pergelangan tangan kiri, pelipis kiri, mata kiri, dada kanan, punggung kanan dan paha kanan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jakarta
#LGBT
#mangsa
#mati
#suspek
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan