awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki guna aplikasi 'Siri' iPhone bertanya di mana hendak sorok mayat

Syafique Shuib
Syafique Shuib
13/08/2014
09:29 MYT
Lelaki guna aplikasi 'Siri' iPhone bertanya di mana hendak sorok mayat
Pakar penyiasat dapat memeriksa data iPhone milik Pedro Bravo. -Sumber AP
Seorang lelaki dari Miami, Amerika Syarikat dilaporkan menggunakan perkhidmatan aplikasi Siri yang terdapat di dalam telefon pintar jenama iPhone milik Apple untuk 'membantu' beliau mencari lokasi untuk menyembunyi mayat rakannya yang dibunuh, menurut seorang pakar penyiasat.
Pedro Bravo dituduh menculik dan membunuh rakannya Christian Aguilar pada bulan September 2012.
Bravo dan Aguilar merupakan kawan namun hubungan mereka renggang apabila Aguilar mula rapat dengan bekas teman wanita Bravo.
Aguilar dilaporkan hilang selepas menumpang kereta Bravo untuk pergi ke kedai muzik Best Buy untuk membeli album Kanye West.
Lapor The Palm Beach Post, pakar penyiasat mendapati bahawa telah bertanya kepada Siri, “Saya ingin menyorokkan rakan serumah saya.”
Siri menjawab, “Anda mencari tempat jenis apa?” Paya, takungan, peleburan logam atau tempat pembuangan?”
Perbualan dilakukan pada 20 September 2012, hari yang sama Aguilar dilaporkan hilang.
The Gainesville Sun pula melaporkan bahawa telefon beliau dimatikan ketika Bravo menyorokkan badan Aguilar.
Namun pakar penyiasat mendapati aplikasi lampu suluh beliau digunakan selama 48 minit.
Data lokasi yang diperolehi dari iPhonenya juga tidak sama dengan lokasi yang Bravo maklumkan dia berada ketika kejadian kepada polis.
Topic Berkaitan
#iPhone
#membunuh
#siri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan