awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Korea Utara ditahan Korea Selatan selepas seberang sempadan - JCS

Bernama
Bernama
01/08/2019
05:43 MYT
Lelaki Korea Utara ditahan Korea Selatan selepas seberang sempadan - JCS
Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan butiran, termasuk sama ada rakyat Korea Utara itu ingin berpaling tadah dan sebab lelaki itu menyeberangi sempadan. - Gambar hiasan
Seorang lelaki rakyat Korea Utara yang tidak dikenali ditahan untuk siasatan selepas menyeberangi sempadan antara Korea dan memasuki Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Ketua Turus Bersama (JCS) pada Khamis.
Lelaki itu dilihat bergerak ke arah selatan di sepanjang Sungai Imjin selepas melintasi garisan pemisahan tentera di dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) di bahagian tengah sempadan antara Korea pada pukul 11.38 malam Rabu, menurut JCS.
"Selepas mengesahkan bahawa objek tidak dikenali yang dikesan oleh peranti pemerhatian haba kami ialah manusia, pihak tentera telah membawanya dengan selamat ke dalam tahanan kami mengikut protokol sewajarnya," kata JCS.
Butiran seperti identitinya yang tepat atau sama ada beliau menyeberangi sempadan untuk berpaling tadah belum diketahui.
"Satu siasatan sedang dijalankan untuk menentukan butiran tersebut, termasuk sama ada beliau ingin berpaling tadah kepada Korea Selatan dan sebab beliau menyeberangi sempadan," kata JCS dalam satu kenyataan ringkas, sambil menambah bahawa tentera Korea Utara di kawasan sempadan tidak menunjukkan sebarang pergerakan yang luar biasa.
Insiden terakhir seumpamanya berlaku pada Disember tahun lepas apabila seorang tentera Korea Utara melarikan diri ke Korea Selatan selepas menyeberangi bahagian timur sempadan antara Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berpaling tadah
#garisan pemisahan
#JCS
#Ketua Turus Bersama
#Korea Selatan
#Korea Utara
#objek tidak dikenali
#peranti pemerhatian haba
#protokol
#seberang
#sempadan
#siasatan
#tentera
#Zon Bebas Tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan