awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati ketika tonton 'The Conjuring 2'

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
20/06/2016
06:48 MYT
Lelaki mati ketika tonton 'The Conjuring 2'
Seorang lelaki berusia 65 tahun, yang mempunyai sejarah penyakit jantung, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menonton filem seram, The Conjuring 2 di sebuah teater di India.
Seorang lelaki berusia 65 tahun, yang mempunyai sejarah penyakit jantung, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menonton filem seram, The Conjuring 2 di sebuah pawagam di India, Jumaat lalu.
Menurut laporan portal Indian Express, lelaki yang berasal dari Andhra Pradesh itu dilaporkan sedang menonton filem Hollywood, The Conjuring 2, bersama rakannya di Sri Balasubramaniar Cinemas, Tamil Nadu.
Difahamkan, penonton itu mengadu sakit jantung ketika menonton kemuncak filem arahan James-Wan itu.
Lelaki berkenaan kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan di mana dia disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Menurut laporan polis, kakitangan paramedik hospital kemudian meminta rakan untuk membawa mayat lelaki berkenaan ke Medical College di Tiruvannamalai, tetapi lelaki itu didakwa hilang dengan mayat tersebut.
Pihak polis sedang menyiasat kes itu dan sedang menyoal siasat beberapa kenalan untuk menentukan identiti lelaki yang meninggal dunia itu.
Topic Berkaitan
#filem
#India
#meninggal dunia
#The Conjuring 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan