awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut disambar petir ketika sambut Songkran

Agensi
Agensi
16/04/2018
11:53 MYT
Lelaki maut disambar petir ketika sambut Songkran
Ribut petir dilaporkan berlaku di 19 wilayah di Thailand ketika orang ramai sedang menyambut perayaan Songkran. - Gambar hiasan/Reuters
Seorang lelaki maut disambar petir ketika sedang meraikan Songkran di wilayah Buri Ram, Thailand pada Ahad, lapor portal berita Bangkok Post.
Menurut kenyataan polis, sambaran petir telah terkena pada lima orang ketika perayaan Tahun Baru Thai tersebut sedang meriah disambut di daerah Dindaeng.
Mereka yang cedera telah digegaskan ke Hospital Non Dindaeng namun salah seorang daripada mereka, Worawut Boon kong, 24 tahun, disahkan mati seketika kemudian.
Golongan saksi di lokasi kejadian berkata, kelima-lima mangsa sedang berseronok menyimbah air dari sebuah kenderaan yang diletakkan di bawah sebuah pokok besar. Ketika itu, cuaca dalam keadaan ribut petir.
Buri Ram merupakan salah satu wilayah yang terkesan dengan cuaca ribut semasa berlangsungnya festival Songkran.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana pada Ahad melaporkan sejumlah 892 buah rumah di 19 wilayah di utara, timur laut, dan timur Thailand musnah akibat bencana ribut sejak Jumaat lalu.
Hujan air batu yang berukuran diameter 1 inci turut dilaporkan berlaku di daerah Ban Phue di Udon Thani pada Ahad, hingga memusnahkan 10 buah rumah.
Jabatan Meteorologi negara itu pada Ahad berkata, ribut petir diramal berterusan di kawasan-kawasan terlibat sehingga Rabu. Penduduk di Bangkok dan kawasan sekitarnya juga dinasihatkan berjaga-jaga dengan keadaan cuaca tersebut.
Topic Berkaitan
#festival
#maut
#perayaan
#ribut petir
#sambar petir
#Songkran
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan