Lelaki mengaku bunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe

Tetsuya Yamagami dituduh membunuh Abe menggunakan senjata api buatan sendiri semasa ucapan kempen pilihan raya di barat Jepun. - Gambar fail/Reuters
NARA (Jepun): Seorang lelaki yang didakwa membunuh bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada 2022 mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada Selasa ketika perbicaraan yang dinanti-nantikan dibuka tiga tahun selepas kejadian tembakan, lapor Kyodo News.
Ringkasan AI
- Tetsuya Yamagami mengaku bersalah membunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe menggunakan senjata api buatan sendiri semasa kempen pilihan raya pada 2022; perbicaraan berlangsung di Mahkamah Daerah Nara.
- Motif pembunuhan berpunca daripada dendam terhadap Unification Church, yang didakwa menyebabkan kehancuran kewangan keluarganya selepas ibunya mendermakan kira-kira 100 juta yen kepada kumpulan itu.
- Perbicaraan menarik perhatian umum dan dedahkan kaitan politik dengan kumpulan agama, termasuk hubungan antara Unification Church dan ahli Parti Demokratik Liberal yang pernah dipimpin Abe.
Yamagami memberitahu penyiasat, dia bertindak kerana rasa dendam terhadap Unification Church yang disalahkannya atas kehancuran kewangan keluarganya selepas ibunya mendermakan kira-kira 100 juta yen (AS$660,000) kepada kumpulan itu.
Menurut penyiasat, Abe menjadi sasaran kerana datuknya, bekas Perdana Menteri Nobusuke Kishi, membantu memperkenalkan gereja itu ke Jepun.
Perbicaraan berprofil tinggi itu menarik perhatian umum dengan 727 orang beratur pada pagi Selasa untuk merebut 32 tempat duduk awam yang disediakan di ruang mahkamah.
Pembunuhan itu turut mendedahkan hubungan rapat antara kumpulan agama kontroversi berkenaan dengan ahli Parti Demokratik Liberal yang memerintah, parti yang pernah dipimpin oleh Abe.
--BERNAMA-KYODO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


