Satu video telah memaparkan seorang lelaki ditembak mati oleh pengawal sempadan Mesir selepas cuba masuk ke negara berkenaan dengan berenang dari Semenanjung Gaza, lapor Al-Jazeera.
Video tersebut menunjukkan Ishaq Khalil Hassan berenang tanpa seurat benang di Laut Mediterranean dan kemudian menyeberangi sempadan Mesir melalui pagar berkawat besi.
Pegawai keselamatan Palestin dilihat menjerit ke arah pengawal Mesir yang berada di menara kawalan agar tidak menembak Ishaq.
Ishaq dikatakan mengalami masalah psikologi yang diburukkan lagi apabila beliau tidak dibenarkan meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir, menurut sepupu beliau, Ahmad.
Menurut Ahmad lagi, Ishaq berkunjung ke Rafah dan tinggal di rumah kakak beliau.
“Saya tidak fikir Ishaq sedar atau jangka yang dia akan ditembak oleh tentera Mesir,” ujar Ahmad.
Beliau turut menegaskan tindakan Ishaq tidak dilakukan untuk mengancam keselamatan Mesir dan sepupu beliau bukannya mencuba untuk menceroboh sempadan negara tersebut.
“Ishaq menganggur, terdesak, dan sangat kecewa kerana tidak mampu meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan. Tetapi pihak Mesir tidak pernah membenarkan dia untuk masuk. Mesir sama sahaja seperti Israel, atau mungkin lebih teruk, dalam layanan terhadap rakyat Palestin,” tambah Ahmad.
Kawasan sempadan Rafah di antara Mesir dan Palestin dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja oleh kerajaan Mesir.
Kementerian dalam negeri Palestin menyelar tembakan itu sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai hukuman kejam yang melanggar undang-undang.
Kementerian tersebut turut mendesak kerajaan Mesir melancarkan siasatan.
Nizam Bakeri
Sun Dec 27 2015
Ishaq Khalil Hassan ditembak mati oleh pengawal sempadan Mesir selepas cuba masuk ke negara berkenaan dengan berenang dari Gaza. - Foto YouTube
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lelaki Palestin ditembak mati ketika berenang merentas sempadan Mesir
Ishaq Khalil Hassan ditembak mati oleh pengawal sempadan Mesir selepas cuba masuk ke negara berkenaan dengan berenang dari Gaza.