SEORANG lelaki berusia 23 tahun di India mengaku mencekik ibunya hingga mati sebelum membakar mayatnya hanya kerana si ibu enggan memberikannya wang yang diminta.
Portal berita The News Minute melaporkan lelaki yang dikenali dengan nama Akshay itu tidak bertegur sapa dengan ibunya sejak tiga minggu lalu.
Namun sekitar jam 3 petang 25 Disember lalu, Akshay mengulangi permintaannya dan naik angin apabila Deepa tetap enggan memberikannya wang.
Akshay, yang merupakan lulusan kejuruteraan di sebuah universiti di negara itu, kemudiannya mencekik ibunya hingga mati menggunakan cadar tilam, sebelum membawa mayat itu ke bahagian belakang rumah lalu membakarnya.
"Suspek hadir ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan ibunya, namun enggan memberikan kerjasama dan sering memberikan kenyataan yang bercanggah. Namun, selepas mayat ibunya ditemui, dia akhirnya membuat pengakuan.
"Kami tahu dia ada terlibat dengan dadah tetapi belum diketahui sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.
"Selepas membakar ibunya, dia berkelakuan normal, malah sempat mengajak rakannya untuk pergi makan aiskrim," kata pegawai penyiasat Inspektor Stuart Keeler kepada portal itu.
Bapa Akshay dilaporkan berada di Oman kerana bertugas, manakala kakaknya pula sudah berkahwin dan menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Agensi
Fri Dec 29 2017
Akshay mencekik ibunya hingga mati menggunakan cadar tilam, sebelum membawa mayat itu ke bahagian belakang rumah dan membakarnya.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Lelaki selamba makan aiskrim selepas bunuh, bakar ibu
Akshay mencekik ibunya hingga mati menggunakan cadar tilam, sebelum membawa mayat itu ke bahagian belakang rumah lalu membakarnya.