GENEVA: Kaum lelaki di Switzerland mempunyai jangka hayat paling tinggi di dunia, menurut angka terbaharu Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), lapor Agensi Anadolu.
Seorang budak lelaki yang dilahirkan di Switzerland pada 2021 mempunyai jangka hayat 81.9 tahun diikuti Iceland, Norway dan Jepun, menurut OECD.
Jangka hayat untuk wanita di Switzerland pada masa ini ialah 85.6 tahun dan untuk lelaki 81.6 tahun.
Bilangan mereka yang berumur sekurang-kurangnya 100 tahun telah meningkat di Switzerland dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Negara itu mendaftarkan 377 orang berusia 100 tahun pada 1990 manakala 787 pada 2000 dan angka itu kini berjumlah 1,888, lapor akhbar harian Le Matin Dimanche.
"Ahli demografi menganggarkan setiap anak kedua yang dilahirkan di Switzerland selepas 2000 akan hidup hingga seratus tahun," menurut Daniela Jopp, seorang profesor di Universiti Lausanne yang mengetuai kajian mengenai mereka yang berumur sekurang-kurangnya 100 tahun di Switzerland.
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.
"Perbezaan dalam jangka hayat antara graduan universiti dan mereka yang menamatkan pendidikan asas adalah agak besar terutama bagi lelaki.
"Pada 1994, perbezaan antara keduanya ialah 7.6 tahun. Hari ini, graduan universiti hidup 8.8 tahun lebih lama dalam keadaan sihat," kata penyelidik itu kepada saluran berita Swissinfo.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Bilangan mereka yang berumur sekurang-kurangnya 100 tahun telah meningkat di Switzerland dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar hiasan/EPA

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Phue Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Tiga kementerian bincang laksana sistem pembayaran terbuka di PLUS
Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tiada lagi penjara seumur hidup ganti hukuman mati mandatori - Azalina
Ahli Parlimen Pengerang itu menambah Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas telah bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.