awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terima 10 suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2021
21:57 MYT
Lelaki terima 10 suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari
Siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengunjungi beberapa pusat vaksin dan dibayar untuk mengambil suntikan itu. - Gambar hiasan
SEORANG lelaki di New Zealand dikesan telah menerima sebanyak 10 suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari.
Menurut Pengurus Kumpulan Operasi Program Vaksin negara itu, Astrid Koornneef, tindakan lelaki tersebut 'bagi pihak' orang lain adalah sangat mementingkan diri.
Katanya, siasatan terperinci kini sedang giat dijalankan.
"Kami sangat mengambil berat tentang situasi ini dan kami sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menyiasat kejadian ini," katanya kepada New Zealand Herald.
Kementerian Kesihatan New Zealand tidak menyatakan di mana insiden tersebut berlaku.
Pakar vaksin Prof Madya Helen Petousis-Harris menyifatkan tindakan tersebut sangat "mementingkan diri" dan mengambil kesempatan ke atas individu yang memerlukan wang.
"Tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang tidak menerima vaksin selain menyebabkan penularan virus," katanya.
Jelasnya, tidak bahaya untuk mengambil beberapa dos suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari namun individu berkenaan akan mengalami demam dan sakit kepala yang lebih teruk pada hari seterusnya.
Siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengunjungi beberapa pusat vaksin dan dibayar untuk mengambil suntikan itu, memetik laporan Stuff.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#New Zealand
#Astrid Koornneef
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan