awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terselamat selepas 69 jam terperangkap dalam runtuhan di China

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2020
01:01 MYT
Lelaki terselamat selepas 69 jam terperangkap dalam runtuhan di China
Anggota penyelamat mencari mangsa di lokasi runtuhan hotel di Quanzhou, China, 8 Mac, 2020. (Foto AP)
Seorang lelaki berjaya ditarik keluar pada Selasa selepas terperangkap selama 69 jam dalam runtuhan sebuah hotel yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin pesakit COVID-19 di sini.
Lelaki berusia 24 tahun itu kemudiannya digegaskan ke hospital dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kejadian runtuhan hotel tujuh tingkat pada lewat Sabtu itu, di bandar yang terletak dalam wilayah Fujian di tenggara China, telah mengakibatkan lebih 70 orang terperangkap.
Dalam pada itu, pihak bomba dan penyelamat melaporkan, seramai 26 orang terkorban dan tiga lagi mangsa masih hilang.
Menurut laporan, hotel yang dibina khas susulan penularan COVID-19 itu sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian secara haram ketika runtuhan berlaku.
Anggota penyelamat mencari mangsa di lokasi runtuhan hotel di Quanzhou, China, 8 Mac, 2020. (Foto AP)
Anggota penyelamat mencari mangsa di lokasi runtuhan hotel di Quanzhou, China, 8 Mac, 2020. (Foto AP)
Menurut Reuters, daripada 71 orang yang berada di dalam hotel itu ketika runtuhan berlaku, 58 sedang dikuarantin.
Media tempatan melaporkan, pemilik bangunan itu telah disoal siasat oleh polis.
Topic Berkaitan
#bomba
#COVID-19
#hotel
#kuarantin
#mangsa
#runtuh
#ubah suai hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan