LONDON: Seorang lelaki warga Britain ditahan ketika memanjat bangunan pencakar langit kelima tertinggi di dunia di Korea Selatan, tanpa mengenakan abah-abah (harness), lapor agensi Berita Jerman (dpa).
Lelaki itu juga merancang untuk terjun menggunakan payung terjun dan melarikan diri dengan pesawat.
George King-Thompson ditahan di Seoul pada Isnin selepas memanjat Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat, 555 meter - pendakian yang diimpikan ketika menjalani hukuman penjara kerana memanjat bangunan pencakar langit Shard di London, menurut satu kenyataan.
Lelaki berusia 24 tahun dari Oxford itu memakai payung terjun dan bercadang untuk terjun dari atas bangunan tetapi hanya berjaya sampai ke tingkat 72 sebelum ditahan.
Selepas "bertahun-tahun bermimpi" dan "berbulan-bulan perancangan", King-Thompson akan cuba mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Korea dengan menaiki penerbangan untuk melarikan diri.
"Ini aksi paling menggembirakan yang pernah saya buat. Aksi memanjat itu sangat bahaya dan jika saya lakukannya, saya perlu keluar dari negara itu secepat mungkin untuk mengelak ditangkap," katanya dalam kenyataan yang dikongsi penajanya, Riot E-liquid, iaitu syarikat jenama vape.
Menurut penajanya, King-Thompson bermimpi untuk melakukan aksi itu ketika menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pentonville kerana memanjat Shard pada Julai 2019.
Pada Ogos 2021, pada tahun yang sama dia dibebaskan dari penjara dan memanjat Menara Unex 23 tingkat di Stratford, di timur London, tanpa menggunakan tali, sembilan hari selepas melakukan perkara yang sama di Menara Stratosfera.
Rakaman yang dikongsi pada Isnin menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek memanjat menara di Korea Selatan, memaksa 90 anggota kecemasan, polis dan kakitangan lain dihantar ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Lelaki itu memakai payung terjun dan bercadang untuk terjun dari atas bangunan tetapi hanya berjaya sampai ke tingkat 72 sebelum ditahan. - Foto AP
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
'TREAD the Globe' sah berhubung dengan PDRM
Pasangan pelancong itu berkata rakaman video, tarikh, masa dan lokasi kejadian yang tidak disunting telah diberikan kepada PDRM.
3 lelaki Britain didapati salah curi pasu Dinasti Ming bernilai AS$2.5 juta
Tiga lelaki warga Britain didapati bersalah atas kesalahan mencuri pasu antik Dinasti Ming China bernilai AS$2.5 juta.
Keluarga mangsa nahas Ethiopian Airlines fail 'keputusan pembunuhan tidak sah' pada inkues
Peguam untuk keluarga itu akan mendapatkan "keputusan membunuh secara tidak sah" pada inkues yang akan bermula di Horsham pada Isnin.
Lelaki warga Britain ditahan panjat bangunan pencakar langit di Seoul
Seorang lelaki warga Britain ditahan ketika memanjat bangunan pencakar langit kelima tertinggi di dunia di Korea Selatan, tanpa mengenakan abah-abah (harness)
Sepanyol catat kes kedua koronavirus, libatkan lelaki warga Britain
Mangsa warganegara British dipercayai dijangkiti ketika sedang bercuti di sebuah resort ski di Perancis bersama isteri dan dua lagi anaknya.
Bekas penasihat media Najib didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram RM15 juta
SPRM membawa kes itu secara in absentia bagi mendapatkan waran tangkap terhadap lelaki warga Britain itu yang dikatakan telah melarikan diri dari Malaysia selepas kekalahan Najib pada PRU14 lepas.
Polis tahan seorang lagi suspek kes pukul warga Britain
Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pergaduham melibatkan seorang mangsa warga Britain di Jalan Penang di sini pagi semalam.
Lebih separuh warga Britain kini mahu terus kekal dalam EU - Tinjauan pendapat
Hasil tinjauan terbaharu itu dilihat bertentangan dengan keputusan referandum tahun lalu.
'Malaysia ada banyak makanan best, tapi ramai tak tahu'
Maklumat berkenaan tempat pelancongan dan lokasi makanan terkenal di setiap negeri perlu ditambah baik bagi memudahkan pelancong berkunjung.