awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Filipina maut ketika daki Gunung Everest

Bernama
Bernama
16/05/2025
01:50 MYT
Lelaki warga Filipina maut ketika daki Gunung Everest
Mayat Santiago terpaksa dibiarkan di Kem IV yang terletak pada ketinggian 7,900 meter (25,919 kaki) berikutan keadaan ekstrem dan cabaran logistik operasi pemulihan.
ISTANBUL: Seorang pendaki warga Filipina maut ketika cuba menawan puncak Gunung Everest, menurut kenyataan Jabatan Pelancongan Nepal pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut akhbar tempatan Kathmandu Post, Philipp Santiago, 45, tiba di Kem IV pada kira-kira 8 malam waktu tempatan (1415 GMT) pada Rabu dalam keadaan amat letih, namun kemudian meninggal dunia akibat kepenatan.
Mayatnya ditemukan di situ.
Jabatan tersebut memaklumkan, bahawa mayat Santiago terpaksa dibiarkan di Kem IV yang terletak pada ketinggian 7,900 meter (25,919 kaki), berikutan keadaan ekstrem dan cabaran logistik operasi pemulihan.
Lebih 300 kematian telah dilaporkan di wilayah Everest sejak rekod pendakian bermula lebih seabad lalu.
Susulan peningkatan bilangan kematian, kerajaan Nepal kini mempertimbangkan peraturan lebih ketat bagi ekspedisi ke Everest, termasuk yuran permit lebih tinggi dan syarat pengalaman wajib.
Pada 18 April, kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pelancongan Bersepadu di dewan atas parlimen yang mewajibkan pendaki terlebih dahulu menawan gunung melebihi 7,000 meter (22,965 kaki) sebelum mencuba pendakian ke Everest.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Everest
#lelaki filipina
#maut di Everest
#Philipp Santiago
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan